Beliau merupakan pengasas dan pemegang saham utama kepada penubuhan MODAL BAIDURI SDN BHD. Berkat usaha dan minat yang mendalam untuk mengendalikan perniagaan dalam bidang perkhidmatan pengangkutan, kini MBSB mampu bertapak dengan jayanya setaraf dengan syarikat logistik tempatan yang lain. Berbekalkan pengalaman dan kecintaan yang mendalam dalam bidang pengangkutan, beliau mengorak langkah untuk menguruskan syarikatnya sendiri bagi tujuan tersebut. Selain itu, beliau berpendapat bahawa selain pengalaman, seminar dan kursus yang dihadirinya juga banyak membantu beliau untuk terus mantap dalam bidang ini tambahan pula pengalaman bekerja bersama beberapa agensi pelancongan sebelum ini menguatkan lagi semangat beliau untuk menguruskan syarikatnya sendiri dalam bidang ini.
En. Abdul Halim B. Ahmad Mazlan - Pengurus Pemasaran
Pn. Suriyani Mat Hashim - Akaun Eksekutif
En. Mohd Nasrul Azmi B. Omar - Operasi / Pemandu
En. Hishammudin B. Bakar - Pemandu
PROFIL SYARIKAT
Modal Baiduri Sdn Bhd (MBSB) telah ditubuhkan pada 4 Mac 2005 dan mula beroperasi di Kuala Lumpur dalam bidang perlancongan dan perkhidmatan pengangkutan di dalam negara. Bergerak secara tidak langsung dalam bidang pengendalian pelancongan bersama beberapa agensi lain selama beberapa tahun telah menarik minat Puan Mastina Hashim untuk membuka syarikat sendiri dalam mengurus dan menyediakan perkhidmatan pengangkutan. Antara perkhidmatan yang disediakan :
1) mengambil dan menghantar penumpang 2) sewaan pelbagai jenis kenderaan
0 comments:
Post a Comment